Jenis-Jenis Kurma

March 5, 2021

Di pasaran, kurma boleh dikategorikan kepada tiga jenis yang bergantung kepada peringkat kematangannya:

1. Kurma Khal: Kurma yang segar, masak keras, dan rangup. 

2. Kurma Ruthob:  Kurma basah pula merupakan kurma yang masak separuh yang mana teksturnya antara rangup dan lembut. 

3. Kurma Tamar: Kurma kering ialah kurma yang masak penuh. 

Tetapi kita mungkin tidak biasa dengan istilah di atas. Kita lebih mengenali jenis-jenis kurma mengikut namanya dah di bawah adalah antara senarai kurma yang popular di Malaysia:

1. Kurma Ajwa

Kurma Ajwa Arabian Village
Dapatkan di: arabianvillage.my

Kurma Ajwah adalah merupakan salah satu jenis daripada jenis-jenis tamar. 

Al-Jauhari telah menyatakan bahawa kurma Ajwah merupakan antara jenis kurma yang terbaik di Madinah. [Lihat : al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (36/284)] 

Kurma Ajwah / Ajwa merupakan antara kurma yang sangat popular di Malaysia. Walaupun kurma ini mahal tapi ramai yang sanggup membelinya kerana sedar tentang kelebihan kurma ajwa ini adalah ia disebut dalam hadith dan dikenali sebagai ‘Raja Kurma’. Kurma Ajwa juga merupakan kurma kesukaan Nabi Muhammad SAW.

Bodybuilding Motivational Quotes Poster where can i buy hcg in australia bodybuilding bulking training program, steroid cycle for bulking and cutting – shark group of companies

2. Kurma Safawi

Kurma Safawi Arabian Village
Dapatkan di: arabianvillage.my

Kurma ini berasal daripada Timur Tengah dan terdapat pelbagai jenis. Kurma ini dikatakan antara kurma terbaik selain dari Ajwa dan lebih mudah didapati dibandingkan dengan kurma Ajwa. Antara sebab mengapa kurma Safawi sangat disukai adalah kerana mudah didapat dan buahnya tebal & lembap. Kurma hitam manis ini banyak dibudidayakan di Madinah dan jika dikonsumsi dalam keadaan perut kosong, kurma Safawi dapat membunuh cacing pita.

3. Kurma Mabroom

Kurma Mabroom Arabian Village
Dapatkan di: arabianvillage.my

Kurma Mabroom banyak ditanam di Semenanjung Barat Arab Saudi. Memiliki tekstur yang kering dan kenyal, kurma jenis ini mengandung mineral dan antioksidan.

4. Kurma Mariami

Kurma Mariami Arabian Village
Dapatkan di: arabianvillage.my

Kurma Mariami juga dikenali sebagai kurma Piarom atau kurma coklat. Texture kurma semi-kering ini dikatakan yang paling lazat dan kaya dengan khasiat. Kurma ini panjang, kurus, berbentuk bujur, dengan kulit nipis dan berwarna hampir hitam. Kurma ini lebih besar daripada jenis kurma lain dan dianggap semi-kering kerana kandungan kelembapan yang rendah iaitu kurang daripada 15%, lebih rendah daripada jenis kurma lain.

5. Kurma Medjoul

Kurma Medjoul Arabian Village
Dapatkan di: arabianvillage.my

Kurma Medjool merupakan kurma yang tumbuh di Timur Tengah, Afrika dan Kalifornia. Menurut pakar, kurma medjoul merupakan kurma yang terbaik untuk mengawal kolestrol. Memakan kurma ini dapat menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi dengan mengoxidasi kolestrol dalam badan.

Oleh itu, bolehlah kita cuba terapkan kurma dalam kehidupan seharian kerana kebaikan kurma ni banyak manfaatnya kepada diri sendiri dan juga keluarga. Tidak perlu tunggu bulan puasa baru nak makan kurma. Kita boleh juga ajar anak-anak kita belajar makan kurma dari kecil untuk jadikan ia satu habit yang sihat.

Comments 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *